Dibuka seawal 1 Julai lalu, Phuket, Thailand muncul sebagai antara tempat pelancongan terawal dibuka buat pelancong negara luar di Asia Tenggara. Pembukaan Phuket Sandbox yang disangka mampu merancakkan kembali ekonomi buat pelancong telah memberi impak negatif buat Phuket selepas menerima peningkatan kes COVID-19.

Lebih serius, Phuket dilaporkan telah menerima jumlah kes COVID-19 lebih tinggi daripada jangkaan kerajaan Thailand apabila dilaporkan 125 individu disahkan positif di Phuket sepanjang minggu berakhir 25 Julai lalu.

Phuket
Sumber: Timesofindia

Sehubungan dengan itu, Phuket telah memilih untuk menutup sekolah, pasar raya serta himpunan orang ramai bagi mengelakkan penularan wabak merbahaya ini.

Difahamkan antara punca utama berlaku penularan wabak COVID-19 ini adalah daripada kontak rapat rakyat tempatan di mana majoriti daripadanya masih lagi belum mendapatkan suntikan vaksin. Situasi yang berlaku turut membuatkan Phuket mencatat angka kes tertinggi sejak April lalu.

a950db27-ac20-489c-9d41-64f01d673ae1-GettyImages-1233727524
Sumber: USA Today

Sebelum ini Thailand turut memaklumkan pelancong yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin tidak lagi perlu kuarantin. Pihak mereka dilaporkan telah menerima ribuan pelancong dari Israel, UAE, Qatar, dan Singapore sejak mulai dibuka pada bulan ini

Sebagai rekod, Thailand telah mencatatkan 543,361 kes positif dan 4,397 kematian sepanjang pandemik. Seramai 14,150 individu telah disahkan positif menerusi laporan terbaru kes harian di Thailand.

Isu yang berlaku kepada Phuket ini seolah memberi jawapan kepada kawasan pelancongan lain untuk mengambil masa yang lebih panjang dan lebih bersedia sebelum mula penerima pelancong.

Sebelum ini, pihak Thailand telah melaporkan Malaysia tidak tersenarai dalam negara yang dibenarkan memasuki Thailand menerusi program Phuket Sandbox.

Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

Sejuk Dan Kabus Tebal, Keadaan Di Cameron Highlands Buat Netizen Tidak Sabar Untuk Berkunjung

Sumber