Baru sahaja dilancarkan sekitar dua minggu lalu, permainan telefon pintar iaitu Alchemy Stars yang semakin meningkat naik sudah berjaya meraih lima juta pendaftaran dan dua juta muat turun. Mana tidaknya, permainan dengan genre strategi role playing games (RPG) berjaya membawa keunikan yang tersendiri dalam menambat hati para gamer.

Menerusi pengumuman terbaru daripada pihak pembangun, game ini sedia menawarkan Bahasa Indonesia dan Bahasa Thailand dalam memudahkan dan meningkatkan jumlah pemain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menawarkan keunikan yang berbeza pada setiap watak

Alchemy Stars Photo3

Menerusi permainan ini, para pemain turut berpeluang memadankan jubin dengan warna yang sama untuk mengaktifkan serangan watak mereka. Kehebatan menghubung jubin yang lebih sepadan sekaligus menunjukkan kemahiran pemain dalam mengawal seluruh medan perang.

Terdapat beberapa watak yang boleh dipilih pengguna yang hadir dengan keistimewaan berbeza terdiri daripada Detonator, Sniper, Converter dan Support. Kombinasi hasil kreatif pemain dalam membina komposisi pasukan akan menentukan kehebatan sesebuah kumpulan.

Sebagai contoh, Detonator membolehkan pemain mengeluarkan serangan dalam skala yang besar manakala Sniper pula hadir dengan keistimewaan untuk membuat serangan dalam jarak yang jauh. Converter merupakan unit yang mampu mengubah warna jubin dan Support pula bertindak sebagai individu yang mampu menyembuhkan ahli pasukan yang lain.

Strategi membina pasukan yang hebat

Alchemy Stars Photo2 – Copy

Dalam usaha menghasilkan sebuah pasukan yang hebat, pasukan tersebut haruslah memfokuskan kepada pasukan warna tunggal kerana pasukan dengan warna tunggal mampu menawarkan damage yang tinggi di mana kesemua ahli pasukan akan menyerang secara serentak.

Selain itu, pasukan dengan dwi-warna antara yang boleh dicuba di mana serangan yang ditawarkan hadir dengan elemen berbeza. Walau bagaimanapun, gabungan pelbagai elemen dalam sebuah pasukan tidak disyorkan kerana tidak mampu menawarkan serangan besar-besaran secara serentak.

Pelbagai lagi strategi hebat yang mampu anda terokai menerusi permainan Alchemy Stars yang dilengkapi dengan 80 watak berbeza daripada enam jenis puak. Buat anda yang berminat untuk mencuba game terbaru ini, anda boleh dapatkannya dengan muat turun di Apple App Store dan Google Play Store bermula sejak 19 Jun lalu.

Ketahui lebih lanjut mengenai permainan Alchemy Stars yang baru sahaja dilancarkan ini dengan klik pautan di bawah.

Permainan Mudah Alih Strategi RPG Alchemy Stars Sedia Ditawarkan Di Android dan iOS

5 Cara Kreatif Golongan Profesional Boleh Manfaat Untuk Tingkatkan Produktiviti