Sejak dari awal presiden Joe Biden dilantik menggantikan Donald Trump, dapat dilihat majoriti orang ramai nyata berpuas hati dengan keputusan pilihan raya yang berlangsung di Amerika Syarikat. Penggantian tampok kepimpinan yang sebelum ini dikuasai Donald Trump dilihat sebagai keputusan yang bijak dan adil.

Walau bagaimanapun, Joe Biden yang dianggap individu yang lebih diplomatik oleh sesetengah pihak pada hari ini telah mengumumkan pelancaran letupan airstrike ke Syria yang dituju kepada pasukan ketenteraan Iran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
im-297920
Sumber: ASSOCIATED PRESS

Menurut pengumuman yang dibuat Joe Biden di Pentagon, pelancaran airstrike yang dibuat adalah bagi membalas dendam seorang kontraktor dan beberapa individu berwarganera Amerika Syarikat yang dikatakan dicederakan oleh pihak Iraq pada 15 Februari lalu.

Tambahnya lagi, tujuan serangan dibuat bukanlah untuk meluaskan kuasa jajahan Amerika Syarikat di Syria sebaliknya sekadar langkah bertahan dalam mengharungi serangan dari tentera Iraq.

960×0
Sumber: Forbes

Pelancaran airstrike yang dibuat sekaligus menjadikan arahan ketenteraan pertama di bawah Joe Biden dalam melancarkan serangan kepada pihak luar.

Menurut jurucakap Pentagon, serangan airstrike yang dibuat telah berjaya beberapa fasiliti yang terletak di sempadan Syria yang dikuasai oleh ketenteraan Iran. Pihak Amerika Syarikat juga turut mendakwa serangan yang dibuat Iraq tempoh hari turut didalangi oleh Kataib Hezbollah.

Tular pada minggu lalu apabila grup Riak Apa Hari Ini di Facebook menjadi serbuan terbaru netizen selepas menampil beberapa perkongsian netizen yang menunjukkan harta sambil bergelak ketawa.

Raih 70K Ahli Dalam Masa Singkat, Grup Riak Apa Hari Ini Menjadi Serbuan Terbaru Netizen

Berang Dengan Penunggang Motosikal, Lelaki Ini Balas Dendam Dengan Tabur Pasir Atas Jalan Raya

Sumber