Baru sahaja dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya Corporation (BCorp) pada minggu lalu, Jalil Rasheed selaku mantan CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) nampaknya tidak menunggu lama untuk membeli saham syarikat kendalian beliau dengan jumlah yang besar.

Berdasarkan laporan, Jalil Rasheed berjaya mendapatkan 70 juta saham BCorp dengan nilai mencecah RM20.3 juta. Pembelian pegangan saham sebanyak 1.3999% oleh Jalil Rasheed selaku CEO Kumpulan BCorp secara tidak langsung memberi keyakinan buat para pelabur untuk melabur dalam saham syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai rekod, perlantikan Jalil Rasheed pada minggu lalu telah menarik perhatian ramai selepas beliau berjaya muncul sebagai individu pertama yang bukan daripada keluarga Tan Sri Vincent Tan dilantik memegang jawatan CEO Kumpulan Berjaya Corporation.

ezgif-1-f4932bcee7b6

Setakat pagi ini, saham Bcorp berjaya didagangkan pada harga RM0.32 seunit sekaligus membuatkan Bcorp mencapai harga saham tertinggi sejak 20 bulan terakhir.

Jalil Rasheed juga berjaya muncul sebagai individu pertama bukan keluarga yang dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya. Ketahui lebih lanjut mengenai beliau dengan klik pautan di bawah.

Jalil Rasheed Muncul Individu Pertama Bukan Keluarga Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Berjaya

Siapa Jalil Rasheed? Anak Muda Yang Hanya Sempat Menerajui PNB Selama 9 Bulan