Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengumumkan sebuah drama ‘Skuad JPJ’ yang memaparkan realiti tugas dan cabaran yang dihadapi anggota JPJ.

Untuk pengetahuan anda, drama bersiri Skuad JPJ ini akan ditayangkan tidak lama lagi dan pihak JPJ berharap dengan hadirnya drama ini maka dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada rakyat dalam mendaulatkan undang-undang dan peraturan jalan raya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan pelbagai reaksi penghasilan drama tersebut dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen berharap drama bersiri Skuad JPJ ini akan memaparkan isu-isu berkisahkan kisah benar yang berlaku seperti keadaan di kaunter JPJ, isu rasuah dalam kalangan anggota seperti dilaporkan dalam berita dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, jika drama ini hanya menunjukkan perihal yang biasa dan tiada kelainan dengan persembahkan realiti sebenar maka ia hanyalah satu kerugian. Mana tidaknya, isu yang hangat diperkatakan tidak ditonjolkan dalam drama tersebut.

Screenshot 2021-04-13 at 12.45.22 PM

Screenshot 2021-04-13 at 12.45.51 PM

Pastinya para netizen ternanti-nantikan drama Skuad JPJ ini ditayangkan di kaca TV. Apakah isu dan babak yang anda harap muncul dalam drama bersiri 13 episod ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Tertidur Semasa Majlis Graduasi, Gelagat Timbalan Menteri Kerja Raya Ini Curi Perhatian Dunia