Elon Musk berjaya menjandi sebutan ramai pada akhir bulan lalu apabila mengumumkan secara rasmi telah membeli platform Twitter dengan nilai $44 bilion (~RM208 bilion).

Tindakan drastik yang dilakukan beliau sebaik sahaja mengambil alih platform tersebut dengan memecat CEO dan CFO Twitter serta mengumumkan beberapa polisi baharu antara yang membuatkan orang ramai memberi harapan yang tinggi kepada platform Twitter di bawah pemilikan beliau.

Baca Juga:

Sumber: BGR India

Terbaharu, menerusi laporan daripada The Verge, ‘pemasaran’ serta langkah kontroversi Elon Musk membuahkan hasil apabila Twitter merekodkan jumlah pengguna tertinggi seawal minggu pertama di bawah kendalian Elon Musk.

Berdasarkan laporan, peningkatan pengguna pada platform ini meningkat lebih 20%. Selain itu, pasaran platform Twitter di Amerika Syarikat juga dilaporkan meningkat dengan pantas.

Setakat ini, masih terlalu awal untuk memberi gambaran adakah pengambil alihan bakal memberi impak positif kepada platform Twitter atau sebaliknya.

Minggu ini turut menyaksikan Elon Musk sekali lagi membuat ‘u-turn’ dengan memanggil semula pekerja Twitter yang dipecat untuk bekerja dalam usaha untuk meneruskan operasi.

Sumber