Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan Elon Musk, pastinya anda cukup tahu individu ini sememangnya tidak pernah lekang dengan berita inovasi, kontroversi serta perlakuannya yang aneh.

Pada Mei lalu, Elon Musk bersama teman wanitanya, Grimes telah selamat menimang cahaya mata. Apa yang membuatkan kelahiran anak Elon Musk ini lebih sensasi sudah pasti namanya iaitu X Æ A-12.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengumuman nama anaknya yang ‘canggih’ ini secara tidak langsung membuatkan para netizen seluruh dunia berbincang mengenai cara sebutan serta maksud di sebaliknya sehinggakan Elon Musk menjelasnya menerusi temu bual bersama Joe Rogan.

https://www.youtube.com/watch?v=JL295OjIBtE

Empat bulan berlalu, Elon Musk menerusi sebuah temu bual terbaru seakan sudah lupa dengan nama anaknya iaitu X Æ A-12 apabila ditanya oleh pihak wartawan.

“Oh, you mean my kid. That sounds like a password” jawab Elon Musk sewaktu diajukan soalan. Respon epik daripada Elon Musk ini secara tidak langsung menunjukkan nama anak beliau bukan sahaja terasa asing buat orang lain, malah beliau sendiri.

Perkara ini sudah pastinya tidak berlaku buat pasangan yang baru sahaja menimang cahaya mata, namun tidak bagi Elon Musk.

Untuk pengetahuan, Elon Musk sebelum ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata menerusi perkahwinan bersama bekas isterinya sebelum menimang X Æ A-12 melalui hubungan beliau bersama Grimes. Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat reaksi Elon Musk.

https://www.youtube.com/watch?v=pREkTifNGow

Sebelum ini Elon Musk pernah memaklumkan beliau sedia menerima pekerja yang tidak mempunyai ijazah dengan kemampuan ‘luar biasa’.

Elon Musk Cari Pekerja Yang Tidak Mempunyai Ijazah, Tetapi Ada Kemampuan ‘Luar Biasa’

Elon Musk Cipta Kontroversi Lagi, Kali Ini Mahukan ‘Lockdown’ Di Amerika Syarikat Ditamatkan

Elon Musk Sambut Kelahiran Cahaya Mata, Pilih ‘X Æ A-12’ Sebagai Nama Anak