Jika berlaku sesuatu kemalangan, perkara utama yang selalu mangsa kemalangan akan buat ialah keluar dari kereta dan merakam keadaan kereta yang berlaku untuk memudahkan urusan laporan polis dan tuntutan insurans.

Tetapi berbeza pula dengan penyanyi lagu ‘Mo Mamba’, Sheck Wes apabila dia dirakam sedang menari dalam hujan di sebelah kereta supercar Lamborghini Huracan Performante yang mengalami kemalangan di Los Angeles.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-lamborghini-performante-kemalangan-1
Sumber Gambar: Page Six

Kereta supercar menggunakan enjin V8 yang bernilai RM1.7 juta ini mengalami beberapa kerosakan pada bahagian bumper dan tayar hadapan. Kelihatan juga  kesan cat tertanggal dan kerosakan tayar pada bahagian belakang kereta.

Beberapa saksi yang berada di tempat kejadian agak terkejut apabila melihat rapper berusia 22 tahun itu dan rakan-rakannya masih boleh merakam video dia sedang gembira menari sementara menunggu lori tunda datang ke tempat kejadian.

https://www.instagram.com/p/CKo6zfBhsMy/

Melalui perkongsiaan di Instagram miliknya, Sheck Wes menerangkan kejadian tersebut berlaku disebabkan dia menghadapi hydroplaning semasa memandu dalam hujan lalu melanggar pembahagi jalan. “Tidak boleh kawal keadaan alam semulajadi,” kata Sheck Wes.

Pada pertengahan bulan Januari  lalu, kereta Ferrari milik seorang pemain bola Itali telah hancur semasa kereta tersebut dihantar untuk cuci. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ferrari Milik Pemain Bola Sepak Itali Ranap Di Tangan Pekerja ‘Car Wash’

Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen

Sergio Aguero Akui Menyesal Beli Lamborghini Aventador Bernilai RM1.98 Juta

Sumber