Sebuah berita yang mengejutkan buat pelabur kriptowang pada malam tadi apabila Tesla secara mengejut telah membuat pelaburan besar-besaran dengan membeli kriptowang bitcoin sebanyak $1.5 bilion (RM6.09 bilion).

Pembelian Tesla yang didorong oleh Elon Musk ini secara tidak langsung telah memecah rekod tertinggi bitcoin sebelum ini kepada paras tertinggi yang baharu di mana satu BTC kini didagangkan pada harga sekitar RM186,000 seunit.

77739_10_tesla-will-accept-bitcoin-as-payment-in-future-buys-1-5b_full
Sumber: tweaktown

Apa yang lebih menarik perhatian ramai, Tesla dilaporkan bakal menawarkan medium pembayaran baharu buat pembeli kereta Tesla dengan menerima kriptowang bitcoin.

Hal ini sudah pastinya memberi keuntungan buat mereka yang mengumpul bitcoin yang banyak. Selain itu, tawaran yang dibuat Tesla ini secara tidak langsung mendesak syarikat-syarikat gergasi yang lain untuk turut bersama menawarkan bitcoin sebagai medium pembayaran.

elon-musk-bitcoin-dogecoin-800×450
Sumber: arstechnica

Sebagai rekod, Elon Musk menjadi individu popular yang merancakkan pasaran kriptowang dengan mempromosikan bitcoin dan dogecoin menerusi laman Twitter beliau.

Tular pada minggu lalu apabila Instagram TMJ dilaporkan telah diserang oleh pihak penggodam sebanyak 136 kali. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

136 Cubaan ‘Hack’ Sepanjang Dua Hari, TMJ Buktikan IG Baginda Kebal Daripada Godaman

Dikompaun RM1,000 Sewaktu COD, Lelaki Ini Jelaskan Isu Surat Saman Yang Sedang Tular

Sumber