Heboh baru-baru ini apabila Korea Utara memilih untuk memutuskan hubungan dengan Malaysia selepas mendakwa Malaysia telah melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Keputusan yang dibuat telah membuatkan Malaysia kesal dengan dasar Korea Utara serta mengumumkan untuk kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia dalam tempoh yang terdekat.

Terbaharu, Korea Utara yang baru sahaja membuat lawatan bertemu pegawai kanan tentera dan diplomat Amerika Syarikat dilaporkan menguji beberapa peluru berpandu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Korea-Utara-gg

Meskipun tindakan yang dibuat menimbulkan panik buat orang ramai, Amerika Syarikat menganggap tindakan yang dibuat sekadar latihan biasa buat para tentera sekaligus tidak menyekat usaha kedua negara berhubung isu rundingan nuklear.

Difahamkan ujian peluru berpandu yang dibuat adalah dalam jarak dekat dan bukannya balistik. Ujian tersebut dikatakan berbeza dengan ujian peluru berpandu balistik yang kerap digunakan Pyongyang sebagai provokasi terhadap Amerika Syarikat.

Setakat ini, presiden Joe Biden dilaporkan masih optimis untuk meneruskan rundingan bersama Korea Utara berhubung isu senjata nuklear yang tergendala sebelum ini.

Sebelum ini Konsulat Kedutaan Korea Utara memaklumkan Malaysia akan menerima akibat gara-gara perlaksanaan mengekstradisi warganegara Korea Utara, Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Malaysia Akan Terima Akibatnya Kata Konsulat Kedutaan Korea Utara

Kerajaan Beri Kedutaan Korea Utara Masa 48 Jam Untuk Keluar Dari Malaysia

‘Malaysia Buat Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan’ – Korea Utara Putus Hubungan Dengan Malaysia

Sumber