Apple sememangnya sebuah jenama yang hadir dengan ‘inovasi’ dan sering menerima kecaman daripada orang ramai. Sejak mulai memperkenalkan siri iPhone 12 tanpa charger, jenama ini sekali lagi mendapat kecaman sekaligus menerima perhatian daripada orang ramai.

Dalam pada itu, siapa sangka di sebalik kecaman yang diterima, apa yang dilakukan Apple nampaknya telah mula diikuti oleh jenama lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EkOo-1QUcAAyCVq (2)

Terbaharu, Samsung dilaporkan bakal mengikut jejak langkah Apple dalam menawarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S21 tanpa palam pengecas atau charger bersama.

Berdasarkan alasan yang diberikan Apple sebelum ini, ketiadaan palam pengecas secara tidak langsung dalam menyelamatkan bumi daripada penggunaan karbon yang tinggi.

EkVicTWU8AEMZxb (1)

BSamsung pula yang sebelum ini pernah memerli Apple menerusi iklan yang dikeluarkan pada Oktober lalu mungkin menarik balik iklan mereka sempena pengeluaran model terbaru mereka tidak lama lagi. Sekiranya Samsung turut melakukan perkara yang sama, pastinya agak ironi buat jenama ini.

Berdasarkan usaha yang dilakukan, nampaknya para pengguna mungkin perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan charger selepas ini sama ada melalui telefon pintar daripada jenama Apple mahupun Samsung.

Sebelum ini, Samsung pernah memerli Apple yang menawarkan iPhone tanpa headphone jack beserta takuk. Walau bagaimanapun, syarikat ini memihak untuk membuang iklan yang dimuat naik selepas mengeluarkan model tanpa headphone jack.

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan ‘Charger’ Bersama iPhone, Apple Diperli Samsung Dan Xiaomi

Samsung Padam Iklan Sendiri Yang Memerli Apple Membuang ‘Headphone Jack’

Belum Cukup Puas Hati, Samsung Keluarkan Lebih Lagi Iklan ‘Troll’ Apple