Umum tahu, Kuala Lumpur dan Selangor telah menjadi antara negeri dengan tempoh terpanjang yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Penurunan kes baru-baru ini telah membolehkan kerajaan untuk menukar status PKP di Kuala Lumpur dan Selangor kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana orang ramai telah dibenarkan untuk merentas daerah dalam negeri tanpa sebarang sekatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya di kawasan sekitar nampaknya tidak menunggu lama untuk ‘meraikan’ PKPB dengan keluar makan malam bersama keluarga.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan melalui ciapan Mohd Redzuan di Twitter, keadaan di Kampung Baru kembali sesak dengan deretan kereta sempena hari kedua perlaksanaan PKPB.

Melihat kepada perkongsian gambar kesesakan Kampung Baru, para netizen nampaknya berbelah pendapat mengenai isu yang berlaku. Terdapat sekumpulan netizen yang menyokong aktiviti untuk menjamah bersama keluarga sebagai salah satu cara untuk para peniaga dapat kembali berniaga seperti biasa mengikup SOP yang ditetapkan.

Screen Shot 2021-03-07 at 10.38.23 AM
Sumber: Facebook Harian Metro

Selain itu, terdapat juga para netizen yang kurang bersetuju dengan cara rakyat memilih untuk memeriahkan Kampung Baru selepas PKPB dilaksanaan. Keutamaan untuk berada di rumah meskipun pihak kerajaan membenarkan aktiviti luar antara yang dipilih sehingga kes COVID-19 tidak lagi menjadi ancaman.

Screen Shot 2021-03-07 at 10.37.50 AM
Sumber: Facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-03-07 at 10.37.28 AM
Sumber: Facebook Harian Metro

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda bersetuju dengan pilihan orang ramai untuk kembali memeriahkan ekonomi sehingga berlaku kesesakan atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Tular pada minggu ini apabila TMJ memperlihatkan suasana bermain FIFA secara live di Stadium Sultan Ibrahim.

Mewah Dan Bergaya, TMJ Kongsi Suasana Bermain FIFA ‘Live’ Di Stadium Sultan Ibrahim

Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?