Genap sebulan sejak ditayangkan, masih dilihat di media sosial di mana siri Squid Game hangat dibincangkan oleh para netizen. Mana tidaknya, siri ini berjaya g berjaya meraih sehingga 111 juta tontonan sekaligus menjadi antara siri dengan tontonan tertinggi di Netflix.

Menariknya, Netflix dilaporkan berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda daripada apa yang dilaburkan. Difahamkan Netflix telah membayar sebanyak $21.4 juta (~RM89 juta) untuk sembilan episod Squid Game dan sehingga kini mereka sudah berjaya meraih $891 juta (~RM3.7 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: teen vogue

Dalam erti kata lain, Squid Game telah membuatkan Netflix untung kasar hampir 41 kali ganda atau 4,157% daripada apa yang dilaburkan. Pastinya keuntungan Netflix akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang berikutan kehangatan siri ini yang mahu ditonton oleh orang ramai.

Sehingga kini, pengguna Netflix seluruh dunia sudah meluangkan masa sebanyak 1.4 bilion jam untuk menonton siri yang sedang trending ini.

Melihat kepada kejayaan siri drama Korea Selatan berkenaan, jelas menunjukkan siri yang berkualiti akan berjaya menarik penonton seluruh dunia untuk menontonnya meskipun tidak ditayangkan dalam bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan buat Squid Game atas kejayaan yang hebat ini.

Kejayaan siri ini turut melihatkan permintaan kasut Vans Slip-On meningkat sehingga 7,800%.

Permintaan Kasut Vans Slip-On Putih Meningkat 7,800% Kerana Squid Game

Squid Game Tanpa Hukuman Mati, Permainan Berdasarkan Siri Netflix Akan Dianjurkan Di Abu Dhabi

Nombor Pada Kad Squid Game Asli, Pemilik ‘Stress’ Terima Lebih 4,000 Panggilan Setiap Hari

Sumber