Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekitar pertengahan Mac lalu, Jalil Rasheed selaku mantan CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan berjaya dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya Corporation (BCorp).

Perlantikan beliau yang baru sahaja berusia 39 tahun dilihat sangat unik selepas berjaya memecah tradisi dilantik syarikat apabila berjaya menjadi individu pertama bukan daripada keluarga Tan Sri Vincent Tan yang dilantik sebagai CEO Kumpulan BCorp.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
Abdul_Jalil_Rasheed_1501063655

Sumber: Nst

Jalil Rasheed sekali lagi menjadi buah mulut para pelabur dan orang ramai selepas beliau dilaporkan berjaya mendapatkan saham syarikat yang dikendalikan beliau dengan jumlah yang mengejutkan ramai iaitu sebanyak 70 juta unit bernilai RM20.3 juta seminggu selepas dilantik sebagai CEO Kumpulan BCorp.

Keyakinan beliau dalam mendapatkan jumlah saham BCorp dengan jumlah yang banyak secara tidak langsung turut mendorong para pelabur untuk turut bersama melabur dalam saham ini.

Difahamkan Jalil Rasheed mulai mendapatkan saham BCorp pada minggu lalu dengan harga 28 seunit. Berdasarkan jumlah pegangan saham yang didapatkan baru-baru ini, beliau nampaknya sudah berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM8.4 juta dalam tempoh yang singkat.

Siapa sangka, pelaburan 1.399% Jalil Rasheed dalam BCorp nyata memberi impak positif kepada BCorp di mana saham syarikat ini berjaya didagangkan pada haraga 40 sen seunit sekaligus membuatkan BCorp mencatat harga saham tertinggi sepanjang lima tahun terakhir.

Ketahui lebih lanjut mengenai CEO Kumpulan terbaru Berjaya Corporation ini dengan klik pautan di bawah.

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta

Jalil Rasheed Muncul Individu Pertama Bukan Keluarga Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Berjaya

Siapa Jalil Rasheed? Anak Muda Yang Hanya Sempat Menerajui PNB Selama 9 Bulan

Anda Mungkin Suka