Baru sahaja tamat siaran dengan rating tertinggi di OCN, drama The Uncanny Counter disahkan bakal hadir dengan musim ke-2.

Meskipun tidak mendapat sambutan yang hangat pada awalnya, drama ini tetap berjaya untuk muncul sebagai drama yang hebat bagi 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para penonton kebanyakannya berpuas hati dengan pengakhiran drama ini. Bagaimanapun, ramai dari mereka yang berharap agar drama ini bakal hadir dengan musim yang ke-2.

Permintaan para penonton nyata dimakbulkan dengan lebih awal kerana musim ke-2 drama ini difahamkan telahpun disahkan dan bakal menjumpai penonton pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Menurut sumber, tarikh penggambaran serta siaran dan juga pemilihan pelakon masih lagi belum ditetapkan.

Apakah yang bakal disajikan untuk musim ke-2 nanti dan adakah pelakon asal drama ini bakal terus membintangi siri ini? Sama-sama kita nantikan!

Sementara menunggu kata putus pihak produksi drama ini, baca juga perkongsian kami mengenai K-Drama yang lain melalui pautan di bawah!

Kim Seon-ho Bakal Kembali Dengan Penampilan Khas Dalam Drama Run On

Inginkan Hiburan Sepanjang PKP? Ini 5 K-Drama Yang Boleh Buat Anda Ketawa Terbahak-Bahak