Tablet PerantiSiswa sehingga kini sedang diagihkan untuk fasa ketiga bagi mereka yang layak. Walaupun dikatakan tablet ini sudah dipilih daripada jenama terkemuka, ada pelajar yang mengadu tablet mereka sudah tidak boleh dihidupkan lagi.

Menerusi akaun TikTok @xyzlvyou, beliau merupakan salah seorang pelajar yang terpilih menerima tablet PerantiSiswa untuk tahun ini. Difahamkan tablet percuma ini baru sahaja diterima pada akhir bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: @xyzlvyou

Dalam tempoh kurang dari sebulan, tablet tersebut dilaporkan sudah tidak boleh dihidupkan lagi. Lebih mengecewakan, pengecasan juga tidak boleh dilakukan menerusi peranti tersebut seolah-olah sudah rosak sepenuhnya.

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian pelajar juga menghadapi masalah yang sama tetapi berjaya diselesaikan dengan membiarkan ia dicas selama berhari-hari lamanya. Cadangan terbaik yang diberikan kepada beliau adalah untuk menghantar ke pusat servis Samsung bagi tujuan pembaikian memandangkan masih dalam waranti atau minta bantuan daripada HEP.

Sumber Gambar: @xyzlvyou
Sumber Gambar: @xyzlvyou

Ada yang mengatakan perkara ini berlaku disebabkan oleh kemas kini perisian yang perlu dibuat mengikut masa yang ditetapkan agar peranti boleh beroperasi dengan baik. Jika anda menghadapi masalah demikian, bolehlah dapatkan bantuan daripada bahagian HEP intitusi masing-masing bagi tindakan selanjutnya.