Kurang lebih seminggu yang lalu China mengumumkan negara mereka bebas daripada wabak COVID-19. Pengumuman yang dibuat berjaya membuatkan negara lain teruja melihat kepada bagaimana negara terawal menerima wabak ini bebas sepenuhnya.

Nampaknya kebebasan wabak COVID-19 di China tidak berpanjangan apabila dilaporkan sebanyak 54 kes terbaru serta tiga lagi kematian telah direkodkan. Berdasarkan laporan daripada Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, jumlah kematian disebabkan COVID-19 di China setakat ini direkodkan sebanyak 3,295.

5e73bda7c485404f2b7ca3c3
Sumber: Business Insider

Berbeza pula dengan media di Amerika Syarikat yang mendakwa China ‘menyembunyikan’ jumlah sebenar warga mereka yang dijangkiti wabak COVID-19 begitu juga dengan jumlah kematian.

Kehadiran semula wabak ini bukan sahaja merisaukan warga China malah orang ramai seluruh dunia sekaligus memberi indikasi bahawa wabak ini tidak boleh diambil mudah meskipun negara disahkan bebas daripada penyakit ini.

Lebih merisaukan, China pada beberapa hari yang lalu telah membenarkan warga mereka yang berada di wilayah Zhejiang dan Jiangsu untuk travel semula sekaligus menimbulkan kerisauan buat negara-negara lain.

CHINA-HEALTH-VIRUS
Pusat rawatan pesakit COVID-19 di Wuhan. Sumber: the star online

Setakat ini berdasarkan laporan semasa, Amerika Syarikat muncul sebagai negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia setakat ini dengan 104,007 kes.

Berita pelancong China sedia untuk travel semula April ini jelas menimbulkan panik dan kerisauan buat warga negara lain.

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Amerika Syarikat Tuduh China Sembunyikan Fakta Mengenai COVID-19

Wanita Australia Ini Dihalau Keluar Dari China Kerana Jogging Sewaktu RMO

Sumber