Sudah menjadi seakan kebiasaan di mana orang ramai juga meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti dan kuantiti makanan yang ditawarkan di Bazar Ramadan di mana tidak sepadan dengan harga yang dijual. Makanan yang basi, rosak atau terlalu mahal antara yang menjadi iu.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang peniaga tampil memohon maaf dengan makanan yang dijual di Bazar Ramadan Seksyen 3, Bangi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian Facebook Sri Rezeki Handayani di Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC), beliau yang menjual getuk ubi kayu memaklumkan sedia memulangkan wang pelanggan semula selepas mendapati makanan yang disediakan dan dijual telah masam berikutan penggunaan kelapa parut yang sudah lama.

Sumber: Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC)

Beliau difahamkan mulai menyedarinya selepas mencuba makanan tersebut sewaktu berbuka. Tidak mahu makan wang yang tidak berkah serta berasa takut, beliau memilih untuk menghebahkan perkara tersebut menerusi Facebook.

Sikap yang jarang ditemui oleh peniaga makanan di bazar Ramadan ini sekaligus telah mendapat perhatian ramai di mana rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan.

Tidak kurang juga yang bertanyakan lokasi beliau berniaga untuk kepastian. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan sedia menghalalkan wang tersebut.

Sumber: Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC)
Sumber: Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC)
Sumber: Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC)

Didoakan semoga wanita ini murah rezeki serta berpeluang menawarkan makanan jualannya yang bersih dan enak kepada para pelanggan sekaligus menjadi contoh kepada penjual-penjual lain di bazar Ramadan.