Kehangatan filem Ejen Ali: The Movie ini nampaknya tidak dapat dinafikan. Tahniah diucapkan kepada team Ejen Ali kerana berjaya menghasilkan karya terbaik dan mendapat sambutan ramai orang.

Difahamkan, filem Ejen Ali baru sahaja ditayangkan pada 28 November 2019 dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.86 juta pada tayangan pembukaan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, dikhabarkan bahawa filem Ejen Ali kini berada di tangga pertama di pawagam. Pastinya ini satu berita baik untuk industri perfileman negara dan menunjukkan karya yang berkualiti pasti akan menarik ramai penonton.

Rata-rata penonton telah memberikan reaksi positif selepas menonton filem Ejen Ali. Malah, para penonton juga mengatakan filem Ejen Ali adalah filem animasi terbaik pada tahun ini.

https://twitter.com/nasrulmifzal__/status/1200294131957846016

Adakah anda sudah menonton filem Ejen Ali: The Movie ini? Pastikan anda membawa tisu bersama anda ketika menonton filem ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada team Ejen Ali.

Jika anda belum menonton filem ini, baca review tentang pengalaman kami menonton filem ini. 

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Tonton Trailer Terbaharu ‘Ejen Ali The Movie’ Yang Penuh Dengan ‘Plot Twist’