Kehadiran konsol generasi terbaru PlayStation sememangnya dinantikan ramai. Bermula sebagai ura-ura sejak 2018, akhirnya orang ramai berpeluang memilikinya seawal Disember ini.

Kemarin, Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi PlayStation edisi digital serta edisi Ultra HD Blu-ray yang masing-masing ditawarkan dengan harga RM1,869 dan RM2,299. Pihak Sony Malaysia turut mengumumkan pembukaan pra-tempahan pada hari ini jam 12 tengah hari tadi.

photo6154443597366275044

Siapa sangka, pra-tempahan yang dijangka sedia dibuka untuk beberapa hari nampaknya cuma bertahan seawal seminit sahaja. Jumlah pembeli yang ramai membuatkan mereka yang berniat untuk mendapatkannya beberapa minit gagal membuat tempahan.

Difahamkan PlayStation 5 edisi digital sold out terlebih dahulu sebelum PlayStation edisi Ultra HD Blu-ray mengikut jejak langkah yang sama sejam kemudian.

playstation-5-header-1-scaled

Dalam pada itu, para peminat atau gamer yang terlepas peluang mendapatkan Sony PlayStation 5 tidak perlu risau. Hal ini kerana pihak Sony Malaysia turut menyenaraikan sejumlah kedai yang bakal menawarkan konsol ini secara rasmi. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui senarai penuh kedai yang menawarkannya.

Tular pada minggu lalu apabila orang ramai berkongsi gambar ‘memiliki’ PlayStation yang berjaya membuatkan para netizen tertipu.

Ramai Kongsi Gambar Miliki PlayStation 5, ‘Filter’ Ini Berjaya Buat Netizen Tertipu

PlayStation 5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Disember Dengan Harga RM1,869