Salah satu telefon pintar yang berbaloi untuk didapatkan di dalam pasaran adalah iPhone 13 Pro Max kerana lebih murah berbanding siri iPhone 14 baru-baru ini. Hal ini kerana spesifikasi yang ditawarkan sangat bagus dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan siri  iPhone tahun ini.

iPhone 13 Pro Max baru sahaja menjejak usia setahun lebih namun kini sudah ramai telah melaporkan tentang masalah ‘white screen’  atau ‘green screen’ secara tiba-tiba. Masalah ini mula dikesan selepas mengemas kini perisian iOS 16.1 pada peranti tersebut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Apple User Group Malaysia
Sumber Gambar: FB Apple User Group Malaysia
Sumber Gambar: FB Apple User Group Malaysia
Malang sekali, setiap peranti yang sudah mengalaminya tidak boleh diakses sama sekali dan perlu penggantian skrin secepat mungkin. Seperti yang kita sedia maklum, harga penggantian sebuah skrin iPhone sangatlah mahal dan rata-rata pengguna sudah tidak mempunyai waranti rasmi kerana telah melebihi setahun.

Difahamkan masalah ini juga boleh berlaku disebabkan skrin iPhone tersebut datang daripada batch yang bermasalah menerusi pembekal skrin sendiri. Untuk makluman, skrin iPhone 13 Pro Max untuk penggantian menerusi Machines berharga RM1,799 dan di Switch sekitar RM1,800.

Perkara ini agak mengejutkan kerana siri iPhone 13 dikira baru sahaja berusia setahun lebih dan sudah mengalami masalah serius sebegini. Jadi, pengguna dinasihatkan untuk membuat back up segala data penting sebagai langkah berjaga-jaga kerana malang tidak berbau.

Sumber