Seorang pelajar yang menjalani latihan industri berjaya menemui planet baharu yang berukuran lebih besar dari Bumi pada hari ketiga beliau di NASA.

Wolf Cukier, berusia 17 tahun adalah pelajar latihan industri baharu NASA. Tetapi apa yang membezakan beliau dengan yang lain adalah beliau berjaya menemui satu planet baharu.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Beliau mulanya diberi satu tugas untuk melihat kecerahan beberapa bintang oleh Surveil Exoplanet Surveil Satelit NASA, TESS.

Tetapi tugasnya bertukar menjadi satu penemuan baharu sebuah planet yang kini dipanggil  TOI 1338 b. Dilaporkan bahawa planet ini mempunyai saiz yang lebih besar daripada Bumi.

Menurut Cukier, dia melihat satu isyarat dari sistem TOI 1338 b dan menyangka itu adalah gerhana tetapi ia sebenarnya adalah sebuah planet.

Jarak di antara TOI 1338 b dan bumi dilaporkan kira-kira 13,000 tahun cahaya ‘dalam buruj Pictor’.

Tahun lalu, NASA dilaporkan bakal membina tapak operasi di Bulan. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

NASA Bakal Bina Tapak Operasi Di Bulan

NASA Perkenal Kapal Terbang Elektrik Pertama Dunia

NASA Tawar Penginapan Di ISS Dengan Harga RM145,180 Satu Malam

Anda Mungkin Suka