Ketika ini, program vaksinasi sedang giat dijalankan untuk mengurangkan gejala jika dijangkiti wabak COVID-19. Malah, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan juga dilaksanakan untuk membendung penularan wabak itu di negara kita.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @pearkuku telah berkongsi gambar sebuah kedai mamak iaitu Khulafa Bistro dimana kesemua pekerjanya telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi gambar tersebut, Khulafa Bistro membuat pemberitahuan dengan meletakkan banner di hadapan kedai mereka. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen sekaligus membuatkan para pelanggan berasa selamat untuk membeli makanan bawa pulang dan juga ‘dine-in’ jika sudah dibenarkan kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemilik restoran Khulafa Bistro ini kerana memastikan para pekerjanya mendapatkan vaksin.

Bukan itu sahaja, para netizen turut meluahkan rasa tidak sabar untuk ‘dine-in’ di restoran seperti keadaan sebelum penularan wabak COVID-19. Malah, ada juga netizen berkongsi gambar beberapa kedai dan restoran di sekitar Shah Alam yang para pekerjanya sudah divaksin.

Perkongsian ini pastinya sedikit sebanyak memberikan harapan untuk kita mencapai ‘herd immunity’ dengan kadar segera. Walaupun kita sudah divaksin tetapi kita masih perlu berhati-hati dan menjaga SOP agar tidak dijangkiti atau menjadi pembawa wabak ini.

Sementara itu, orang Perlis ‘flex’ di media sosial apabila sudah dibenarkan makan di kedai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Sudah Boleh Makan Di Restoran, Netizen Cemburu Orang Perlis ‘Flex’ Di Media Sosial

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV

Anda Mungkin Suka