Syarikat komuter baru di San Francisco sedang mencari peluang untuk mengubah lanskap pengangkutan awam dengan menawarkan servis bas mewah kepada mereka yang sanggup membayar lebih. Leap telah menggunakan sebuah bas bandar biasa dan menaik tarafkannya dengan pelbagai kemudahan yang memfokuskan kepada keselesaan dan produktiviti, termasuk tempat duduk yang dinaik taraf, tempat meletak laptop yang dilengkapi pengecas USB dan WiFi percuma. Leap juga bekerjasama dengan dengan pembekal makanan organik tempatan untuk membekalkan makanan sihat kepada mereka yang perlu skip sarapan. Tiket untuk satu perjalanan dijual pada harga $6 dan $5 sekiranya dibeli dalam kuantit yang banyak, yang mana mahal dua tiga kali ganda harga tiket bas bandar biasa tapi masih dalam bajet majoriti golongan profesional muda di San Francisco. Tiket boleh dibeli melalui app percuma Leap, yang mana memudahkan penumpang melihat status perjalanan, termasuk berapa tempat duduk yang masih ada pada setiap kenderaan dan juga masa ketibaan bas seterusnya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →