Bas mini merupakan antara satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia satu ketika dahulu kerana merupakan pengangkutan paling murah ketika itu.

Kini, perkhidmatan bas mini akan membuat kemunculan semula di ibu negara mulai bulan depan selepas hampir 21 tahun dihentikan. Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi bermula dari 1 Sept hingga 29 Nov 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij berkata bas mini itu, yang boleh membawa  31 penumpang di dalam setiap bas, akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

69095368_2616584368365444_2850888867475619840_n

Perkhidmatan percubaan tersebut adalah untuk membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.

Pastinya jika perkhidmatan bas mini ini mula beroperasi akan dapat menarik minat ramai pelancong untuk berkunjung ke negara kita dan menjadi antara tarikan yang boleh kita ‘highlight’ sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Malah, bas mini ini dapat mengembalikan nostalgia suatu ketika dahulu.

Adakah anda akan menjadi antara yang terawal untuk menggunakan perkhidmatan bas mini ini? Klik pautan di bawah ini untuk baca artikel yang lebih menarik dan berkaitan dengan automotif. 

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands

Anak Kekal Selamat Walaupun Kereta Terbalik, Wanita Ini Kongsi Pentingnya ‘Car Seat’

Lelaki Ini Sanggup Pandu AE86 Sejauh 25,000KM Ke Jerman Demi Kahwini Cinta Hati

Sumber