Pernah terfikir untuk cuba skydive di Dubai? Mungkin ini bakal menjadi impian terbaru jika anda penggemar sukan lasak.

Baru-baru ini Skydive Dubai dan XDubai telah bekerjasama untuk menghasilkan video pengiklanan DreamJump System yang membenarkan para peserta melakukan terjun skydive dari Princess Tower yang merupakan bangunan kediaman ke 2 tertinggi di dunia.

Sebanyak 558 terjunan base jumps telah dilakukan sepanjang penggambaran ini yang memaparkan aksi mendebarkan oleh setiap peserta.

Base jumps ini terletak di tingkat 99 dari 101 tingkat di Princess Tower dan merupakan bangunan ke 2 tertinggi di Dubai selepas Burj Khalifa. Princess Tower juga adalah bangunan kediaman ke 2 tertinggi di dunia selepas New York City’s 432 Park Avenue.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤