Ini adalah basikal paling cool yang pernah saya lihat setakat ini. Boleh dikatakan basikal ini diilhamkan dari filem TRON, basikal ‘Cyclotron’ ini sedang dalam pembikinan untuk dijual pada orang ramai.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Mempunyai fungsi yang hebat, Cyclotron bakal dilengkapi dengan teknologi yang canggih antaranya sistem navigasi, software untuk latihan, tayar LED untuk anda mudah dilihat di waktu malam, dilengkapi dengan bateri cas sendiri untuk menghidupkan lampu LED tayar dan sistem gear 18-speed. Hebat sekali basikal ini!

cyclotron 3

cyclotron-spokeless-bicycle-kickstarter-2

Cyclotron akan diperbuat daripada carbon fibre untuk memastikan basikal ini ringan. “Cyclotron mengubah basikal traditional kepada sebuah basikal yang ringan, paling moden dengan sistem lampu terbaik dan semestinya nampak seperti basikal dalam filem TRON,” kata wakil dari Cyclotron Bike.

Menarik tentang basikal ini adalah fungsi add-on yang terdapat padanya. Anda boleh membeli aksesori di mana anda boleh muatkan barangan runcit anda pada tayar basikal ini atau pasang carrier untuk anda bawa anak kecil anda meronda bersama ketika berbasikal. Sungguh awesome!

cyclo 4

cyclotron 4

cyclo 5

Jika anda berminat untuk jadikan basikal ini realiti, anda boleh menyumbang untuk Cyclotron Bike ini di laman Kickstarter mereka di sini. Model ini dijangka dijual pada harga 1999 Euro (Lebih kurang RM8800) bergantung kepada jenis model yang anda mahukan. Anda boleh lihat basikal ini dengan lebih teliti di laman Kickstarter Cyclotron atau lihat pada video di bawah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group