Ford telah memperlihatkan beberapa teknologi baru di Mobile World Congress, Barcelona. Antara yang mendapat perhatian meluas adalah Ford Futuristic Smartbike.

Dipersembahkan dengan tajuk Handle On Mobility, konsep basikal elektrik ini adalah sebahagian daripada projek Ford Mobility Project, satu inisiatif untuk meneroka lebih dalam mengenai pengangkutan awam dan teknologi yang boleh digunapakai bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan dua variasi, MoDe:Pro dan MoDe:Me e-bikes. Basikal elektrik ini mudah dibawa kemana-mana sahaja menggunakan beg khas. Setiap basikal ini akan dibekalkan dengan MoDe:Link app, aplikasi yang akan menyediakan anda bukan sahaja laluan yang paling singkat malah jenis pengangkutan yang paling sesuai untuk ke destinasi anda.

Yang paling menarik, basikal elektrik ini menawarkan “no sweat mode”, basikal akan mengayuh dengan sendiri apabila degupan jantung anda melebihi had yang ditetapkan. Ini akan memastikan anda sentiasa kelihatan segar dan bertenaga apabila tiba di destinasi.