Ada barangan jenama Supreme yang sangat rare sehinggakan tiada gambar-gambar berkenaan produk itu di internet. Salah satunya adalah basikal ini. Ianya adalah model basikal BMX kerjasama antara Supreme dan Brooklyn Machine Works di mana hanya beberapa unit sahaja muncul untuk dijual dalam beberapa tahun ini. Khabarnya hanya 36 unit basikal ini dijual kepada orang awam.

Namun baru-baru ini, salah satu model ini muncul kembali di laman StrictlyPreme tetapi ianya tidak dijual pada harga yang murah. Menarik tentang model BMX ini adalah koleksi ini dijual hampir 20 tahun lalu, ianya masih dalam keadaan yang sangat baik. Menurut penjual basikal ini, keadaan basikal ini seperti baharu kecuali terdapat sedikit kesan calar kecil.

Sup Bike

Untuk keadaan basikal yang hampir baharu ini, ianya dijual pada harga ¥5,000,000 JPY (RM184,000) dan harga ini tidak termasuk kos pengeposan. Jika anda peminat tegar Supreme, ini antara barangan Supreme yang anda tidak boleh lepaskan peluang. Cantik kalau buat display di rumah atau pejabat.