Supreme baru-baru ini telah berkongsi di laman Instagram model baru hasil kolaborasi bersama Santa Cruz iaitu basikal yang dihasilkan khas untuk aktiviti di gunung. Kali ini, label veteran New York telah bekerjasama dengan Santa Cruz untuk penghasilan basikal tersebut.

Model basikal Chaemeleon ini merupakan basikal khas yang mempunyai logo Supreme pada tiub bawahnya dengan keseluruhan pada bingkai ringan yang memaparkan warna merah ikonik Supreme. Tayar jenama Maxxis yang kuat dapat memastikan cengkaman yang kuat pada permukaan jalan untuk memastikan anda tidak mudah jatuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini masih belum terdapat sebarang tarikh bagi pelancaran model terbaru ini namun model kolaborasi ini dijangka bakal diperkenalkan seawal Khamis ini.