Jika sebelum ini Baskin-Robbins menawarkan double junior scoop dalam satu harga untuk promosi ‘Pink Wednesday’ kepada pelanggan. Kini sempena menghargai sokongan rakyat Malaysia selama hampir 31 tahun, Baskin-Robbins kembali memberikan tawaran yang lebih menarik dengan tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk saiz single regular scoop.

Tawaran ini baharu sahaja diumumkan oleh Baskin-Robbins melalui laman sosial Facebook rasmi mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tawaran ini boleh didapati bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Namun setakat ini, belum ada terma dan syarat rasmi diumumkan serta lokasi yang menawarkan promosi ini.

Pihak Baskin-Robbins juga tidak memaklumkan sampai bila tawaran ini akan berlangsung. Apa kata, anda ajak rakan-rakan anda untuk terjah cawangan Baskin-Robbins berdekatan untuk menikmati tawaran ini.