Tahun lalu, model Bata Hotshot memang sangat ‘hot’ di kalangan pengumpul kasut. Model Hotshot menjadi perhatian kerana kasut ini adalah antara model kasut yang pernah dipakai oleh legenda muzik grunge, Kurt Cobain satu ketika dahulu.

Bata menerusi koleksi Bata Heritage memperkenalkan 3 warna baharu untuk model Hotshot ini; Off-White, Black & White dan Off-White Tone & Tone. Warna untuk koleksi kali ini lebih clean dan sesuai untuk digayakan dengan apa-apa sahaja outfit anda.

Bata Heritage

Jika anda terlepas untuk mendapatkan kasut Hotshot ini tahun lalu, boleh dapatkan model dengan warna terbaru ini di laman rasmi Bata Heritage. Harga untuk koleksi Bata Heritage ini tidak sama dengan harga kasut Bata di butik Bata di Malaysia.

Kasut ini dijual pada harga USD70 (RM270+-) tidak termasuk kos penghantaran ke Malaysia. Butik Bata Heritage paling dekat adalah di Singapura. Jadi anda boleh membeli kasut ini sekiranya ke Singapura di masa akan datang.

Hot 1

hot 2

Hot 3