Bata menerusi koleksi Bata Heritage mengumumkan koleksi kolaborasi khas mereka bersama jenama minuman terkemuka dunia, Coca-Cola.

Model Bata Hotshot dan Tennis dipilih untuk kolaborasi ini dengan 3 pilihan warna untuk model Hotshot dan 2 pilihan warna untuk model Tennis. Semestinya warna ikonik merah dan putih dipilih untuk tema koleksi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BATA X COCA _SS1919363

BATA X COCA _SS1919359

BATA X COCA _SS1919307

BATA X COCA _SS1919298

BATA X COCA _SS1919289

Mengapa model Tennis dan Hotshot dipilih untuk kolaborasi ini? Ada kisahnya. Model Tennis yang dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1936 di India merupakan salah satu model terlaris dalam sejarah Bata.

Manakala untuk Hotshot pula semestinya kerana model berkenaan mendapat restu daripada legenda muzik Grunge, Kurt Cobain yang pernah memakai model ini satu ketika dahulu.

Dikhabarkan hanya 3 model akan berada di pasaran pada 15 Mac 2019 yang akan dijual di Bata Suria KLCC dan www.bata.com.my pada harga RM199 (Tennis) dan RM299 (Hotshot). Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman Facebook Bata Malaysia.