Kepada peminat Star Wars khususnya collector, kami ada berita baik untuk anda . Sempena menyambut ‘Star Wars Day’ tak lama sahaja lagi, jenama kasut Bata Heritage mengumumkan bakal mengeluarkan kasut istimewa yang diinspirasikan daripada watak terkenal filem Star Wars.

Mereka telah memilih dua model kasut untuk dijadikan rekaan watak-watak yang menjadi pilihan ramai. Antara dua model yang disebutkan adalah Bata Bullets dan Bata Tennis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bata Bullets hadir dua warna iaitu hitam dan putih dengan logo Star Wars pada bahagian tepi dan light saber kecil pada bahagian belakang kasut. Bata Tennis pula hadir dengan tiga warna iaitu hitam, biru dan putih bersama dengan watak-watak Darth Vader, R2-D2 dan Stormtropper.

Bata Heritage meletakkan harga untuk sepasang Bata Bullets dengan harga RM 299 dan Bata Tennis RM 249. Anda boleh mendapatkannya di kedai Bata di KLCC pada 4 Mei. Buat yang terlepas untuk mendapatkannya, laman storan Bata Malaysia bakal turut menawarkannya bermula 7 Mei ini.

bata-is-launching-a-limited-edition-star-wars-collection-coming-to-msian-stores-in-may-2018-world-of-buzz-3-768×432

bata-is-launching-a-limited-edition-star-wars-collection-coming-to-msian-stores-in-may-2018-world-of-buzz-6-768×432

Starwars 1