Kecoh sejak permulaan tahun baharu apabila laporan daripada Malay Mail mengeluarkan kenyataan pihak kerajaan memerlukan sebanyak 32 Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord untuk kegunaan para menteri dan pegawai tinggi.

Pengumuman ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen yang membincangkan soal wang yang bakal dikeluarkan serta pemilihan jenama kereta bukan nasional.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Melihat kepada kekecohan dan tohmahan daripada pelbagai pihak, Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng baru-baru ini memaklumkan laporan yang dikeluarkan hanyalah sebagai cadangan sahaja.

PTJ09_191219_LGE

Sumber: The Star Online

Pemilihan Toyota Vellfire dan Honda Accord adalah disebabkan syarikat yang dipilih kerajaan untuk mengedarkan kereta tidak mampu menawarkan kereta jenama nasional iaitu Proton Perdana dengan jumlah yang mencukupi sekaligus membuatkan pihak kerajaan memilih model yang tersedia.

Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi baru-baru ini selepas syarikat tersebut memaklumkan stok Proton Perdana berjaya dicukupkan untuk kegunaan pihak kerajaan.

Proton-Perdana-106-1024×680

Sumber: carsifu

Mengulas mengenai syarikat yang dipilih untuk menerima kontrak pengedaran kereta kepada pihak kerajaan, YB Lim Guan Eng enggan mengulas sebaliknya bakal memaklumkan semula dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan, kontrak yang ditawarkan kerajaan ini dibuka kepada semua syarikat selepas kontrak 25 tahun bersama Spanco tamat pada hujung tahun ini. Kontrak baharu yang bakal dibuka ini bakal menelan belanja sebanyak RM300 juta setahun selama 15 tahun menurut laporan sebelum ini.

Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cadangan pihak kerajaan sebelum ini, ini klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut. Turut dikongsikan Proton Saga yang mula ditawarkan pada tahun 1989 masih lagi mendapat pujian pemilik di UK selepas hampir tiga dekad.

Vellfire Dan Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi

Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga

 

Anda Mungkin Suka