Umum mengetahui, Disney telah membeli 20th Century Fox pada 20 Mac 2019 dan segala asetnya telah dipindahkan kepada Disney. Kini, Disney bakal tutup operasi studio animasi terbesar, Blue Sky Studios pada April.

Menurut laporan, pihak Disney mengambil keputusan sukar tersebut selepas mengambil kira faktor realiti ekonomi semasa yang telah melanda industri perfileman.

Difahamkan, penutupan studio animasi tersebut akan mengakibatkan 450 pekerja hilang pekerjaan dan filem yang sedang dalam pembikinan, Nimona turut dibatalkan walaupun sudah berbaki produksi selama 10 bulan.

Untuk pengetahuan anda, Blue Sky Studios telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Alison Brown, David Brown, Michael Ferraro, Carl Ludwig, Dr. Eugene Troubetzkoy dan Chris Wedge. Blue Sky Studios terkenal kerana menghasilkan karya hebat seperti Ice Age, Spies in Disguise dan banyak lagi.

Selepas Disney mengambil alih 20th Century Fox, nasib Blue Sky Studios sering menjadi tanda tanya dan kini ia akan ‘terkubur’. Apakah filem yang menjadi kegemaran anda yang dihasilkan oleh studio produksi ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Kampus Bukan Pampers’- Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

Pelakon Dan Pengarah Isma Yusoof Akui Dirinya Transgender Secara Terbuka

Sumber