Seminggu berlalu bermakna sebuah lagi kejayaan terbaru yang berjaya dicipta Elon Musk. Pada minggu ini, syarikatnya Tesla berjaya menyiapkan bateri terbesar dunia yang terletak di Australia Selatan.

Bukan sahaja beliau berjaya mencipta rekod bateri melalui inovasi yang dihasilkan malah beliau sekaligus berjaya memenangi taruhan seseorang di Twitter yang sangsi dengan janji beliau untuk menyiapkannya dalam masa 100 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebalik idea penciptaan bateri terbesar ini, Australia Selatan yang sebelum ini mengalami masalah bekalan elektrik terpaksa mengharungi kehidupan 18 jam tanpa bekalan elektrik.

Melihat kepada permasalahan yang berlaku, Tesla tampil sebagai syarikat yang dipilih untuk menawarkan solusi dengan penciptaan bateri terbesar bagi menampung kegunaan harian pengguna.

Memandangkan beliau berjaya memenangi taruhan yang dibuat, Tesla dijangkakan bakal berjimat sehingga $50 juta dimana kos ini bakal ditampung oleh para pengguna di Australia Selatan.

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage6587051da1420e-def9-47cb-a24c-6335f4f32fc0

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage6587048509289f-db55-4fbc-8a30-99e3b78f93f8

Melihat kepada kesungguhan dan inovasi yang dibawakan Elon Musk, tidak hairanlah beliau digelar ‘Tony Stark’ dunia sebenar.

Sumber