Masalah melibatkan letupan bateri iPad mungkin acapkali berlaku, namun agak ironi pada kali ini apabila letupan Apple iPad yang berlaku baru-baru ini terjadi di dalam Apple Store, Amsterdam.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan iCulture, letupan bateri Apple iPad ini turut mengakibatkan kesesakan nafas tiga orang pekerja Apple. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku berikutan insiden yang berlaku dan Apple Store turut ditutup sementara waktu dalam usaha untuk mengeluarkan kesan bahan kimia yang merbahaya.

Difahamkan insiden yang berlaku ini bukanlah yang pertama kali malah Apple Store Switzerland dan Sepanyol turut mengalami situasi yang sama sebelum ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group