Setiap kali Apple melancarkan model terbaru iPhone, pastinya orang ramai tertanya-tanya mengenai kapasiti bateri yang disertakan. Hal ini kerana Apple tidak mengumumkan secara rasmi kapasiti bateri yang disertakan pada model keluaran mereka.

Menerusi laporan baharu, kapasiti bateri iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akhirnya didedahkan dengan masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 2,775mAh dan 3,687mAh.

lcimg_55580310_591f_46d2_9ebf_909a2c1c25bb
Sumber: Apple

Tidak hanya menawarkan kapasiti bateri yang sangat kecil berbanding majoriti telefon pintar Android sedia ada, kapasiti bateri yang tersedia juga lebih rendah berbanding iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Dalam pada itu, para pengguna ketahanan bateri siri iPhone 12 Pro untuk satu pengecasan penuh dijangka setanding siri iPhone 11 Pro.

Menerusi keluaran pada tahun ini, Apple tidak lagi menyertakan palam pengecas atau charger bersama kotak iPhone. Dalam erti kata lain, para pengguna perlu berbelanja sebanyak RM99 untuk mendapatkan palam pengecas rasmi daripada Apple.

Baru sahaja lancarkan siri iPhone 12, jenama ini nampaknya sudah mula diperli daripada jenama pesaing iaitu Samsung dan Xiaomi.

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan ‘Charger’ Bersama iPhone, Apple Diperli Samsung Dan Xiaomi

Peminat Apple Dakwa Reka Bentuk iPhone 12 Adalah ‘Copy Ori’ iPhone 5