Miss World Malaysia 2021 tampil membuat permohonan maaf kepada warga Indonesia yang tidak berpuas hati dan mendakwa dia cuba untuk menyatakan bahawa batik itu adalah milik orang Malaysia. Lavanya Sivaji yang kini berusia 25 tahun kemudiannya tampil menenangkan keadaan dan menjelaskan bahawa negara kita juga mempunyai batik versi sendiri.

Permohonan maaf dari Sivaji itu berlaku beberapa hari lalu, sebelum ini sewaktu dia mempamerkan gaun malam yang berbentuk batik, lebih dari 16,000 warganet Indonesia datang ke bahagian komen dan menuduhnya cuba untuk mengambil budaya Indonesia. Dalam kenyataannya, Sivaji akui bahawa perkataan, budaya dan sejarah batik datang dari Jawa, namun reka bentuk batik telah mengalami evolusi budaya sesuai dengan budaya setempat yang ada di setiap negara ia bertapak.

“Saya mengakui kata Batik berasal dari Jawa serta reka bentuk dan sejarahnya,” katanya sambil menambah, “Namun, ada beberapa negara lain yang [mempraktikkan] unsur budaya seperti Malaysia, Sri Lanka, India dengan reka bentuk dan motif mereka sendiri. Baik di Malaysia, Indonesia, atau negara lain, saya akan selalu merasa bangga memakai Batik,” katanya.

Sivaji yang juga doktor perubatan berjaya memenangi Miss World Malaysia pada Ahad lalu. Dia akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 2021, yang akan diadakan di San Juan, Puerto Rico, pada bulan Disember ini. Sebelum dikecam oleh netizen Indonesia, Sivaji berkongsi gambar reka bentuk batik yang direka khas untuk beliau sambil menyebut batik adalah simbol kepelbagaian di Malaysia.

Untuk rekod, perang budaya antara Malaysia dan Indonesia sudah lama berlangsung. Kebanyakan yang bersuara adalah warga Indonesia yang sering ‘claim’ sesuatu perkara adalah hak milik mereka. Manakala di bahagian Malaysia tidaklah seribut di negara jiran. Bukan sahaja batik, malah warga Indonesia pernah ‘claim’ bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin adalah berasal dari Riau dan berketurunan Bugis.

Microsot lebal rakyat Indonesia sebagai orang paling tidak sopan di Asia Tenggara. Untuk tahu sebab apa, klik lini di bawah untuk bacaan lanjut.

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya

Indonesia ‘Claim’ Muhyiddin Sebenarnya Berasal Dari Riau Dan Berketurunan Bugis

Menteri Indonesia ‘Claim’ Situasi COVID-19 Di Negaranya Lebih Baik Berbanding Malaysia Dan Singapura