Filem Black Hawk Down (2002) yang berkisar tentang pertempuran besar di Pasar Bakara yang melibatkan tentera Amerika Syarikat(AS) dan Somalia telah menerima kritikan daripada rakyat Malaysia pada waktu ia ditayangkan kerana filem tersebut tidak menekankan peranan tentera Malaysia dalam usaha menjalankan operasi menyelamat tentera-tentera AS dimana 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan dan mengorbankan seorang tentera Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian yang berlaku pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu merupakan misi tempur bagi anggota tentera dari 19 RAMD (Mekanis) yang bertugas dalam misi keamanan United Nation (UN). Mereka perlu menyelamatkan askar Renjer AS yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia di atas permintaan AS. Tentera Malaysia yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia telah dihubungi oleh AS untuk menyelamatkan pasukan elit AS. Justru itu, lebih 100 tentera Malaysia dihantar untuk operasi tersebut.

Bagi mendedahkan insiden sebenar yang diabaikan oleh pembikin filem Black Hawk Down, Battle Of Bakara akan dihasilkan di dalam bentuk filem dokumentari berdurasi 120 minit dari perspektif tentera Malaysia selepas pengarah dan produser Ahmad Yazid Ahmad Puad selesai fasa pertama iaitu perancangan dan penyelidikan yang memakan masa hampir lima tahun. Dijangkakan akan memasuki fasa kedua (pembikinan filem dokumentari) pada tahun depan.

Di bawah ini adalah teaser Battle of Bakara – The Lost Platoon yang dihasilkan untuk tujuan penyelidikan. Ia adalah salah satu insiden yang berlaku pada malam tersebut.

Menurut Facebook Fanpage produksi Rack Focus Film, teaser ini tidak akan digunakan di dalam filem dokumentari sebenar itu nanti dan ia masih di dalam peringkat pra-produksi.

Selain itu, Ahmad Yazid mendedahkan masih belum mengenalpasti pelakon-pelakon yang akan membawa watak-watak di dalam filem dokumentari tersebut. Pelakon yang akan dipilih mestilah sesuai dan dapat menjiwai setiap karekter.

Filem Battle Of Bakara akan menyentuh tentang insiden Black Hawk Down dan pertempuran di Pasar Bakara, Somalia yang berlaku 22 tahun lalu. Ia adalah sebuah cerita mengenai peranan kumpulan Quick Reaction Force (QRF) yang merangkumi anggota-anggota Askar Malaysia (MALBATT) dalam misi menyelamat pada malam 3 Oktober 1993.

Baca: Kronologi Sejarah Kekejaman Dan Penindasan Ke Atas Rohingya Di Myanmar Sehingga Kini

Baca: Rejim Myanmar Terlibat Dalam Penghapusan Etnik Rohingya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram