Pembentukan batu Al Naslaa di wilayah Arab Saudi telah menimbulkan rasa ingin tahu banyak saintis, ahli geologi dan pengguna internet yang tidak dapat memahami bagaimana potongan batu itu menjadi begitu sempurna.

Potongan pemisah yang lurus dan kemas itu telah membelah batu gergasi itu menjadi dua sehingga ia menimbulkan syak wasangka orang ramai bahawa ia dipotong menggunakan laser.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua batuan yang tertegak pada satu lapisan batu asas semula jadi telah menimbulkan misteri buat orang ramai. Batu yang diberi nama Al-Naslaa ini difahamkan telah wujud sejak lebih dari 4,000 tahun yang lalu di Tayma Oasis.

Kawasan ini kini menjadi pusat destinasi pelancongan yang terkenal dan orang ramai datang ke sini dari jauh untuk melihat dan mengambil gambar. Pada masa yang sama, ia masih menjadi perbahasan di kalangan saintis. Batu itu panjang 30 kaki dan lebar 25 kaki dan mempunyai tanda yang seolah-olah menyerupai lelaki di atas kuda.

Seorang ahli geologi mendakwa bahawa belahan sempurna itu mungkin disebabkan oleh cuaca (pencairan ais), tetapi tidak semua orang bersetuju mengenai hal ini. Dia mengatakan bahawa ketika ais mencair, air masuk ke bahagian batu yang lebih dalam dan prosesnya berulang selama ribuan atau jutaan tahun sehingga akhirnya ‘terbelah dua’. “Proses ini diperburuk oleh hakisan angin yang berlaku di padang pasir,” jelasnya.

Namun teori ini disangkal oleh sesetengah orang, mereka mengatakan bahawa belahan itu tepat dan halus, ia seolah-olah dibuat oleh makhluk asing yang datang ke bumi pada masa lalu dan menggunakan laser gergasi untuk memotongnya menjadi dua.

Batu tersebut terletak lapan jam perjalanan dari Riyadh, dan boleh dikunjungi dengan kereta. Kaya dengan sejarah, Tayma adalah kediaman Raja Babilon Nabonidus pada pertengahan abad ke-6 SM. Oasis, yang muncul di jalur perdagangan dari Madinah moden ke Al-Jawf, telah menjadi tempat yang popular bagi para pedagang.

Jutawan sekelip mata rugi RM7.6 juta rasa ditipu selepas jual batu meteorit pada harga murah. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Jutawan Sekelip Mata Rugi RM7.6 Juta, Rasa Ditipu Selepas Jual Batu Meteorit Pada Harga Murah

Ini Adalah Cara Yang Dicadangkan Oleh Saintis Untuk ‘Menunda Kemusnahan Bumi’

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000