Lumrah dunia, manusia sering memandang manusia lain atas beberapa faktor dan status kekayaan merupakan salah satu daripadanya. Seorang youtuber, ingin menguji sejauh mana kebenaran ini dengan sebuah “prank” yang bijak.

Beliau pergi ke beberapa buah restoran mewah di sekitar bandaraya dengan berlakon seakan-akan seorang gelandangan. Melihat keadaannya seperti itu, pelayan restoran bertindak menghalau dan tidak membenarkannya untuk melihat menu makanan yang ada di restoran mereka. Kedatangan lelaki gelandangan itu sangat tidak dialu-alukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1 jam kemudian, lelaki yang sama datang lagi ke restoran tersebut dan kali ini beliau mengenakan pakaian yang lebih segak dan tambah bergaya dengan kereta sport Ferrari yang mahal. Dan respon pelayan restoran terhadapnya sangatlah berbeza. Anda boleh tonton video penuh dibawah:

Baca juga: Apa yang berlaku kepada kereta yang hancur selepas filem Fast & Furious 7? Ini jawapannya…

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram