Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai ‘Phua Chu Kang’ telah didenda sebanyak RM2,500 dan dilarang memandu selama tiga bulan kerana telah melanggar undang-undang jalan raya di Singapura.

Memetik laporan Channel News Asia, pihak mahkamah mendapati bahawa pelawak terkenal berusia 57 tahun itu bersalah kerana memandu sekitar 131km/j di sepanjang jalan Woodlands Avenue 12 menuju ke Seletar Expressaway. Had laju di jalan tersebut adalah 70km/j.

Gurmit Singh memberitahu pihak mahkamah ketika dia memandu kereta untuk menjemput anaknya dari tempat kerja, dia terdengar satu ‘bunyi kurang menyenangkan’ keluar dari kereta tersebut.

“Setelah saya menjemput anak saya, saya mahu dia mendengar bunyi itu dan kami menyedari bunyi tersebut hanya keluar semasa kereta bergerak selaju 100km/j,” terang Gurmit.

“Sudah tentu saya tidak mengatakan saya harus memandu pada kelajuan tersebut di jalan itu, tetapi jaraknya sangat dekat. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh memecut sehingga 131km/j.

“Tetapi saya hanya meminta pihak pengadilan tahu bahawa saya bukanlah memandu seperti itu setiap hari. Saya berbuat demikian ketika waktu itu kerana saya mahu anak saya dengar apa yang saya dengar,” tambah Gurmit lagi kepada pihak mahkamah.

Ekoran berita beliau didenda mula tular di media sosial, Gurmit telah memuat naik sebuah video di Instagram peribadinya menyatakan beliau mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat dan berjanji akan menjadi pemandu lebih berhemah pada masa akan datang.

Dalam video yang berdurasi pendek itu, jelas kelihatan wajah Gurmit penuh penyesalan sewaktu meminta maaf kepada orang ramai atas kejadian yang berlaku.

Rata-rata peminat beliau memberikan sokongan moral dengan menyatakan setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sentiasa mempunyai peluang untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

vocket-phua-chu-kang-didenda-4
Sumber Gambar: Instagram gurmit.65
vocket-phua-chu-kang-didenda-5
Sumber Gambar: Instagram gurmit.65
vocket-phua-chu-kang-didenda-6
Sumber Gambar: Instagram gurmit.65

Sokongan moral yang diberikan kepada ‘Phua Chu Kang’ sedikit sebanyak dapat memulihkan semula emosi dan semangat beliau yang sedikit terjejas ekoran keputusan mahkamah baru-baru ini.

Orang ramai tersentuh apabila mendengar pemandu ambulans mengucapkan terima kasih kepada pemandu Triton yang membantunya membuka laluan semasa kecemasan.

Ucapan ‘Terima Kasih’ Abang Ambulans Kepada Pemandu Triton Buat Orang Ramai Tersentuh

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Tular Video Wanita Paksa Teman Lelaki Belikan iPhone, Tak Mahu Telefon Jenama Vivo