Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Initial D merupakan sebuah siri animasi terkenal yang diadaptasi dari komik mengisahkan tentang perlumbaan jalanan di Jepun mempunyai ramai peminat siri tersebut terutama sekali rakyat Malaysia.

Terbaharu, sebuah kafe iaitu Fujiwara Tofa yang bawa konsep berinspirasikan Initial D telah dibuka di Ipoh. Terletak di Ipoh, kafe ini berjaya menarik ramai pengunjung terutama sekali peminat siri tersebut.

131309732_2913580062207093_8882146046179053442_o

131020848_2913580525540380_3717604022281156176_o

@zuuk

japan theme cafe 🇯🇵 another place you guys should come and visit in ipoh ! #tiktokmalaysia

♬ 真夜中のドア/Stay With Me – Miki Matsubara

Mana tidaknya, anda boleh bergambar bersama kereta ‘legend’ iaitu Toyota Corolla AE86 yang diguna oleh Takumi Fujiwara ketika berlumba di luar kafe. Rekaan dalaman kafe pula kelihatan ‘simple’ dan membawa ‘vibes’ Jepun pasti buat anda seperti berada di sana.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai seleksi makanan yang anda boleh cuba seperti  tofu fa, nasi lemak, tomyam fishball dan banyak lagi. Untuk makluman, kafe ini ‘free pork’ dan ‘free alcohol’.

Bagi anda yang berada berdekatan, bolehlah singgah ke kafe ini. Tunggu apa lagi?

Sebelum ini, kafe persis Initial D turut mahu dibuka di Subang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pertama Di Malaysia, Kafe Persis ‘Fujiwara Tofu Shop’ Dalam Initial D Bakal Dibuka Buat Peminat Teruja

Persis Seperti Di Hogwarts, Lihat Kafe Konsep Harry Potter Di Ipoh

Pertama Di Malaysia, Restoran Dalam Gua Di Perak Ini Tampil Unik Dengan Suasana Romantik

Anda Mungkin Suka