Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika anda merupakan salah seorang netizen yang berada di Twitter- pasti anda akan selalu menemui pelbagai hantaran berbentuk ‘how it’s started’ dan ‘how it’s going’.

Hantaran-hantaran yang dibuat itu kebiasaannya bertujuan untuk berkongsikan perubahan dan perjalanan apa-apa sahaja aspek dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagai contoh hantaran yang berkongsikan perjalanan diet, perkembangan perniagaan dan juga kisah cinta yang menemukan dua insan seperti yang dikongsikan pengguna Twitter Nurdinie baru-baru ini.

Perkongsiannya yang menceritakan bagaimana ajakan spontan bakal suaminya, Mohd Afiq untuk berkahwin di media sosial tular di Twitter dan telah mendapat lebih 4,000 retweet ketika artikel ini ditulis.

Bercerita kepada The Vocket, beliau menceritakan kisahnya disapa bakal suami dan diajak berkahwin ketika itu hanya berlaku secara spontan.

Walaupun mengakui pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini ketika belajar di universiti namun jelasnya mereka tidak pernah bertegur sapa sehinggalah perbualan atau ‘PM tepi’ berkenaan.

“Sebenarnya kami dah kenal dari universiti tetapi tak pernah bercakap sebab masing-masing (sudah) ada pasangan.

“Kemudian selepas habis (belajar) universiti, baru suami saya mesej sebab kedua-duanya tengah bujang ketika itu.

EkraSGgU8AEdK6Q

Tangkap layar perbualan mereka di Instagram sebelum ini.

Berkongsikan perbualan asal di laman Instagram itu bersama pengikut di Twitter, Nur Dinie berkata dia tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk berkahwin dengan bakal suaminya ketika itu.

Perkara itu menurutnya kerana kedua-dua mereka masih mengalami trauma dari hubungan percintaan sebelum ini dan memutuskan untuk tidak lagi bercinta.

“Terus on je nak kahwin sebab sudah trauma dengan hubungan lampau,” kongsinya kepada The Vocket.

Tak sampai setahun terus kahwin

Ketika ditanya berapa lama mereka mengambil masa untuk mendirikan rumah tangga selepas perbualan itu, beliau menjelaskan semuanya berlaku dalam tempoh masa tidak sampai tahun.

Bermula dengan perbualan tersebut sekitar Februari tahun ini, mereka telah pun selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2020 baru-baru ini.

“Perbualan ini bulan February rasanya, bulan Mei sudah bertunang, kemudian kahwin pada 10/10/2020 lalu,” kongsinya.

Mengulas mengenai permintaannya untuk bakal suaminya ketika dari Selangor ke rumahnya di Perlis itu untuk membawa ‘sekerat pantun dan bawa bertenang’ itu bagaimanapun hanyalah gurauan semata-mata.

“Pantun itu tiada pun sebenarnya.

“Hanya gurauan,” jelasnya dalam nada bergurau.

Baca juga perkongsian-perkongsian lain yang penuh menarik dan berinspirasi daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Kekal Anggun Selepas 25 Tahun, Sofia Jane Kongsi Gambar Jubli Perak Perkahwinan

Tawar Gaji Sehingga RM1,800 Jaga Gerai Nasi Lemak, Iklan Jawatan Kosong Ini Curi Perhatian Netizen

‘Terpaksa’ Lompat Pagar Asrama, Alasan Pelajar Ini Selepas Ditangkap Buatkan Netizen Sebak

Anda Mungkin Suka