Anda ada simpanan? Jika tiada, anda sudah boleh mula menyimpan sedikit demi sedikit. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu semasa pandemik ini.

Bagi yang sudah berkeluarga lagilah perlu ada simpanan terutamanya untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.

Cakap tentang simpanan, baru-baru ini Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah menganjurkan kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021. Dengar cerita ada pelbagai hadiah menarik yang anda boleh menangi seperti Proton X50, Perodua Myvi 1.5cc, Motosikal Yamaha Y15zr dan banyak lagi hadiah menarik untuk dimenangi!

Menangi hadiah hebat bernilai hampir RM240,000!

SSPN 1

Kalau anda nak tahu, kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 ini bertujuan untuk meyakinkan masyarakat, walaupun kita terpaksa duduk di rumah untuk jaga keselamatan diri dan keluarga masa pandemik Covid-19, kita masih lagi boleh memupuk budaya menyimpan ini.

Kita masih boleh menyertai kempen yang diadakan melalui pelbagai saluran yang disediakan tanpa perlu hadir ke kaunter PTPTN.

Di samping menyimpan, anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran menarik dan hadiah lumayan daripada PTPTN. Bestnya, simpan duit lepas itu dapat pula hadiah!

sspn 2

Nak tahu macam mana nak sertai? Ini syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i
2. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen
3. Setiap simpanan RM50 yang dibuat akan melayakkan satu (1) cabutan.
4. Pendeposit perlu membuat pengekalan simpanan selama TIGA (3) BULAN selepas tamat tempoh kempen iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2021
5. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan
Tempoh kempen: Bermula 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021

Kempen ini terbahagi kepada 3 kategori kelayakan:

Kategori Platinum

Simpanan bersih RM15,000 dan ke atas

Kategori Gold

Simpanan bersih RM8,000.00 – RM14,999.99

Kategori Silver

Simpanan bersih RM200.00 – RM7,999.99

Ini antara hadiah menarik yang anda boleh menangi!

SSPN 3

Kategori Platinum

– Tempat Pertama – 1 x Kereta Proton X50
– Tempat Kedua – 1 x Baucar Barang Kemas bernilai RM10,000
– Tempat Ketiga – 1 x Komputer Riba Apple Macbook Air
– Saguhati – 10 x Tunai SSPN-i bernilai RM800

Kategori Gold

– Tempat Pertama – 1 x Kereta Perodua Myvi 1.5cc
– Tempat Kedua – 1 x Komputer Riba DELL intel Core i5
– Tempat Ketiga – Baucar Barang Kemas RM5,000
– Saguhati – 10 x Tunai SSPN-i bernilai RM500

Kategori Silver

– Tempat Pertama – 1 x Motosikal Yamaha Y15zr
– Tempat Kedua – 1 x Komputer Riba DELL intel Core i3
– Tempat Ketiga – 1 x Baucar Barang Kemas RM2,000
– Saguhati – 10 x Tunai SSPN-i bernilai RM200

*Tertakluk terma dan syarat

Jadi, apa tunggu lagi? Simpanlah di SSPN-i sekarang, mana tahu korang antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah-hadiah lumayan ini!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021, layari laman web www.lovesspn.com

Ini kaedah menyimpan duit cara masyarakat Jepun yang anda boleh cuba. Baca pada pautan di bawah.

‘Kakeibo’ Seni Menyimpan Wang Masyarakat Jepun Yang Anda Boleh Cuba

Mahu Pupuk Budaya Menabung, PTPTN Sedia Tawarkan Duit Raya RM200,000 Buat 500 Pemenang