Jika sebelum ini jenama HONOR sering kali dikaitkan dengan HUAWEI, nampaknya kini tidak lagi selepas dua jenama ini kini berpisah untuk muncul sebagai sebuah syarikat kendiri.

Minggu ini menyaksikan jenama HONOR secara rasminya telah melancarkan model sulung mereka selepas berpisah bersama HUAWEI menerusi model HONOR V40.

gsmarena_002 (2)

Dari segi spesifikasi, HONOR V40 dilengkapi dengan skrin 6.72-inci, refresh rate sehingga 120Hz, cip MediaTek Dimensity 1000+, RAM sehingga 8GB RAM serta raung storan sehingga 256GB. Model ini turut menyokong pengecasan pantas 66W dan juga pengecasan tanpa wayar sehingga 50W buat bateri yang berkapasiti 4,000mAh.

Setakat ini, HONOR V40 yang baru sahaja diumumkan sedia ditawarkan buat pasaran China sahaja dan belum dapat dipastikan sama ada model ini bakal menyokong Google Mobile Service (GMS) atau HMS (Huawei Mobile Service).

Ikuti juga review penuh kami bagi model flagship daripada HUAWEI iaitu Mate 40 Pro dengan klik pautan di bawah.

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Mate40 Pro