Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Selain memiliki makanan yang sedap, mempunyai dekorasi dan tema unik menjadi antara sebab sesebuah restoran jadi tumpuan ramai. Barulah menarik untuk dikongsikan dengan rakan-rakan, betul tidak?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @atqhrffee telah berkongsi sebuah video yang memaparkan restoran di Danau Kota, Kuala Lumpur bawa ‘vibes’ seram serta nama restoran itu adalah Paku dan Pontianak.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →
@atqhrffee

Please datang. My fav place dah rebrand from Bobby’s to Paku & Pontianak. Aaa best gila vibe baru ni 🫶🏼 #fyp #MYFoodie #foodie #foodreview #romanticdinner

♬ Pulangkan (feat. Izzad Izzudin) – Misha Omar

Dapat dilihat, pelbagai maklumat berkaitan pontianak diletakkan sebagai hiasan di restoran ini dan juga beberapa ‘props’ yang membuatkan ramai boleh ‘relate’ kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa takut dengan ‘vibes’ yang dibawa oleh restoran itu dan berseloroh mengatakan lebih ‘awesome’ jika Maya Karin yang jadi pelayan di restoran terbabit.

Malah, segelintir netizen juga memuji kreativiti restoran tersebut untuk menggunakan tema seperti itu bagi menarik perhatian orang ramai. Ketika artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan mendapat lebih 40 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Smooth’ Pamer Barangan Penaja, Drama She Was Pretty Versi Malaysia Ini Raih Perhatian Netizen

Dikenakan Harga RM23 Untuk Burger Jalanan, Perkongsian Wanita Ini Cetus Perbincangan Netizen