Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tidak dapat dinafikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu sedikit sebanyak menimbulkan ‘kerisauan’ terutama buat mereka yang ingin menjaga berat badan.

Kerisauan itu tidak lain tidak bukan timbul kerana mungkin ada yang mendapati sedikit sukar untuk mengawal nafsu makan dan ajakan serta pelawaan ahli keluarga untuk menjamu selera- yang boleh dikatakan berlaku setiap masa.

Bagaimanapun, buat anda yang ingin menjaga berat badan dan maintain fit sepanjang tempoh PKP ini, apa kata anda mencuba tip yang dikongsikan @anwar_26927 seperti dilaporkan portal Malay Mail ini.

Hanya dengan mengamalkan diet ringkas memakan bawang putih mentah dan madu, beliau telah pun berjaya menurunkan berat badan sehingga 4 kilogram sepanjang tempoh PKP selama 14 hari sebelum ini.

Bagi anda yang tertanya-tanya berapakah berat ataupun portion yang perlu diambil setiap hari, jangan risau kerana beliau juga ada berkongsikan perkara itu di ciapannya.

“Bawang putih segar dalam 2 hingga 5 gram sehari. Satu ulas dalam 2 hingga 3 gram.

“Ambil 5.5 gram boleh elak kanser prostat,”kongsi beliau.

Tambah beliau lagi, mengamalkan pemakanan dua bahan itu secara mentah dapat membantu menurunkan berat badan, meningkatkan kadar metabolisma serta dapat mengurangkan rasa lapar.

Jadi, kepada anda yang cuba untuk menurunkan berat badan dan maintain fit selepas berakhirnya tempoh PKP ini, apa kata anda cuba sendiri tip yang dikongsikan beliau.

Memandangkan tempoh PKP fasa kedua baru sahaja bermula, anda masih lagi mempunyai masa yang panjang untuk mencuba sesuatu sebelum ia tamat pada 14 April ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang PKP ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Resipi Mudah Dan Sedap Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’

Anda Mungkin Suka